29 May 2010


INGIN BERBAKTI: Sarah tidak mengharapkan pulangan daripada usaha beliau membantu masyarakat. -- Foto TUKIMAN WARJI


28 Mei 2010

SINGAPURA

ANUGERAH PELAJAR PEMIMPIN CEMERLANG
Tawa riang penerima pertama

Oleh
Safhras Khan

DARIPADA pelajar normal berjaya menjadi pelajar aliran ekspres.

Bukan setakat itu, Sarah Sulaiman juga aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan telah menyumbang lebih daripada 200 jam kepada kerja-kerja kebajikan masyarakat.

Ternyata kesungguhan pelajar menengah empat Sekolah CHIJ Katong Convent itu untuk berjaya dan berkhidmat kepada masyarakat, tidak sia-sia - beliau muncul sebagai penerima pertama Anugerah Pelajar Pemimpin Cemerlang NextGen Goh Chok Tong.

Anugerah tersebut dihadiahkan kepada para pelajar yang menunjukkan sifat kepimpinan dan menyumbang kepada perkhidmatan masyarakat.

Ia dilancarkan tahun lalu di bawah Yayasan Kepimpinan Marine Parade (MPLF) bagi menggalakkan minat dan kecemerlangan dalam kepimpinan masyarakat.

Ia berharap dapat menambah pemimpin masyarakat Singapura pada masa hadapan.

Sarah telah menerima sebuah trofi, sijil dan wang sebanyak $1,000 dan telah menerima anugerahnya daripada tetamu terhormat majlis tersebut, Menteri Kanan, Encik Goh Chok Tong.

Ketika ditemui di majlis tersebut di Hotel Ritz-Carlton Millenia sempena sambutan ulang tahun ke-80 sekolah tersebut semalam, Sarah berkata:

'Saya berbesar hati dan berharap ia menjadi satu sumber motivasi bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk para belia yang lain di Singapura. Saya menerima sokongan padu daripada pihak sekolah, ibu bapa dan rakan-rakan sekolah saya,' ujarnya.

Menyentuh tentang beliau menghabiskan masa sehingga 200 jam sejak empat tahun lalu untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, beliau berkata ia memang tanggungjawabnya sebagai seorang belia untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

'Saya buat semua ini ikhlas dan mengharapkan pulangan. Tetapi saya gembira apabila melihat senyuman daripada mereka yang menerima bantuan daripada saya,' ujarnya.

Antara usahanya ialah membantu di Pusat Aktiviti Warga Tua Kaki Bukit.

Menyentuh mengenai kejayaannya beralih daripada aliran Normal (Akademik) kepada Ekspres pula, Sarah berkata, ia merupakan satu cabaran besar bagi dirinya.

'Pada mulanya memang sukar tetapi dorongan ibu bapa dan pihak sekolah membolehkan saya mengatasi segala cabaran,' ujarnya yang ingin meneruskan pelajaran di Politeknik Ngee Ann dalam bidang Psikologi dan Kerja Sosial selepas tamat sekolah menengah kelak.

Naib Pengetua Sekolah CHIJ Katong Convent, Cik Yao-Lee Seow Foong, berkata pihak sekolahnya bangga mempunyai murid seperti Sarah.

'Dia memang gemar membantu dan sering meluangkan masa untuk membantu teman-temannya yang memerlukan pertolongan baik dari segi apa sahaja,' tambah Cik Yao.

Dalam ucapannya Encik Goh berkata:

'Saya yakin jika kita mula mengasuh daripada peringkat sekolah lagi, kita mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan ketua-ketua masyarakat, pertubuhan akar umbi dan badan-badan sukarelawan bantu diri.'

--------------------------------------------------------------------------------------------------

you have done all proud Sarah



The student councillor at CHIJ Katong Convent and a volunteer at centres for the elderly was lauded for her achievements by Senior Minister Goh Chok Tong during the school's 80th-anniversary celebrations. -- ST PHOTO: NEO XIAOBIN

SWOTTING till 6.30pm in school daily got Sarah Sulaiman what she wanted last year: to move from the five-year Normal Academic to the four-year Express stream.

But the 16-year-old is atypical in more ways than one. A Muslim, she studies in a Catholic school, and last Christmas she almost single-handedly organised a party for elderly folk at a day-care centre.

On Thursday, the student councillor at CHIJ Katong Convent and a volunteer at centres for the elderly was lauded for her achievements by Senior Minister Goh Chok Tong during the school's 80th-anniversary celebrations.

'Sarah exemplifies the model of a young, compassionate servant leader,' he said, citing her achievements.

She is among 14 student leaders from secondary schools, junior and ITE colleges in Marine Parade GRC and MacPherson to receive the Goh Chok Tong NextGen Outstanding Student Leader Award, to be given for the first time.

But more importantly, her experience embodies a core value in Singapore - the importance of tolerance in schools, said Mr Goh in his speech.

Read the full report in Friday's edition of The Straits Times.


No comments:

Post a Comment

comment me